Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

E-Day Review: DIY Bunga Stoking RM3 untuk Bunga Dulang

01 April 2012 2 lovely comments ♥

Assalamualaikum readers! 

Ya Allah lama sangat tak ada entry. Maaf ye semua. Kekangan masa sangat-sangat mencemburui Sue. Banyak betul entry yang tertangguh! Pity me...(-_-")

Hari tu ada tengok group B2B kt facebook tanya tentang bunga stoking ye. Kebetulan pula Sue ada pakai bunga stoking untuk persiapan pertunagan yang lepas. Eh korang tau kan bunga stoking tu cemana? Pada yang masih blu-blur lagi tu, jom kita layan bunga stoking yang dah jadi bunga dulang:

Courtesy: Mr Google

Tgok tu, cantik betul!

love, love love!

Nice color! ^_^

And last but not least..


Sebenarnya simple je nak buat bunga dulang pakai bunga stoking ni.. This is my version, so the simplest way i do masa persiapan pertunangan yang lepas.
 Jom layan cara nak buat sendiri bunga dulang menggunakan bunga stoking ;)

  • Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Rangka Bunga stoking yang dah siap kain bunga stoking. Yang ni Sue beli di Sayang You di Semua House- RM11.90 untuk 100pcs. Sue perlukan 4 rangka untuk 1 bunga, jadi kos hanya 44 sen sahaja untuk 1 kuntum bunga.

Tag harga untuk rangka bunga stoking yg dah siap. +-11sen saja 1 rangka.

2. Putik untuk bunga. Ni pun beli kat Sayang You juga. kalau silap satu paket dalam RM0.80 saje. ada lebih kurang 50putik 1 ikat, dalam 1 paket ada 3 ikat. Jadi 1 putik tak sampai 1 sen pun harga dia. Untuk jadikan bunga stoking sue pakai 5 putik, total 3sen diperlukan untuk bentuk 1 kuntum bunga.

3. Daun artificial-1 ranting. Pakai apa-apa jenis pun boleh. Ikut citarasa masing-masing ye. Sue beli daun bunga ros, sebab mudah nak susun. Daun ni 1 dahan RM1. Dalam 1 dahan tu ada dalam 5 ranting. So 1 ranting dalam 20 sen Panggil ranting la senang kan ;) Ranting ni Sue beli di Kota Tinggi since kat sana lagi murah berbanding di KL. Lagipun nak bawak balik daun bagai ke kampung, fikir panjang jugak tu. Hahaha..! (cakap je la ko malas bawak barang banyak sue! :p)

4. Bunga kristal- Optional. Boleh letak atau tidak. Ni pun terpulang pada citarasa korang. Kalau korang suka boleh letak, kalau nak jimat, tak perlu pun tak pe. Kos dia, 1 dahan(saiz kecil) RM1.80. 1 dahan ada 4 ranting, 45sen 1 ranting. Beli di Sayang You juga.

5. Pita hijau- Sue panggil pita hijau je lah! Hehehe Ni guna dia untuk cover ranting-ranting yang akan korang cantumkan masa buat bunga ni nanti. RM2.00 untuk 5 gulung, jadi 1 gulung RM0.40. Beli di Sayang You juga. Masa ni ada promotion kot!

6. Riben untuk hiasan. Ni pun optional. RM2.00 untuk 1 gulung besar-9 meter 1 gulung. Ni tak pakai banyak. Dalam 15cm saje. Korang boleh pakai riben ape-ape je pun ikut tema masing-masing..

So here's the steps:

Bahagian Bunga 

Abaikan stoking pada bawah bunga tu. Nanti kita hide okeyh! ;)

1. Ambil 4 rangka bunga yang dah siap, susunkan dia elok-elok. 
2. Lekukkan pada tiap-tiap rangka membentuk kelopak bunga. Lekukkan ni ikut kreativiti korang. Boleh buat lekuk banyak mana yang disukai.
Hasil di gambar 3.

3. Ok then ambil 5 putik, lipatkan dia supaya nampak banyak. Putik nia ada apa 2-2 bahagian tau. Tak perlu potong, sebab nanti susah nak ikatkan dia sebab pendek.

4. Letakkan putik tu pada tengah-tengah kelopak yang dah disusun, pegang elok-elok ye masa ni. Kalau tak nanti semuanya akan berterabur dan tak cantik. 

5. Lepas tu, ambil salah satu kaki rangka bunga, (Sue amik kaki yang no.3 sebab nak bagi balance) bawa ke depan, dan lilitkan pada kesemua kaki rangka bunga termasuk putik yang sudah disusun td. Tengok pada rajah 6 untuk nampak jelas. hehehe paham ke tak ni??

6. Bila dah ikat, boleh mula susunkan rangka kelopak bunga tadi menjadi sekuntum bunga. Dimulai rangka yang paling depan. Kalau dah pandai, ambil yang paling belakang pun boleh. Susun satu demi satu smpai membentuk bunga seperti rajah 8, 9 dan 10.
7. Kalau rasa bunga tu masih goyang atau tak kemas, boleh lilitkan dawai rangka bunga yang lain pada bunga yang dah siap disusun tadi supaya nampak kemas dan kukuh.

Taddaa...! siap 1 kuntum bunga! yeay ;) Sila abaikan stoking yang terkeluar tu. Nanti Sue ajar cemana nak kemaskan dia ye..

 Buat beberapa kuntum bunga lagi menggunakan cara yang sama sebab kita nak cantumkan bunga-bunga ni membentuk bunga dulang.

Cantuman Bunga


Ok, dah siap beberapa kuntum bunga, kita nak cantumkan bunga-bunga tersebut menjadi bunga dulang. Caranya seperti ni:

1. Ambil 1 ranting daun, letakkan dibelakang kelopak bunga yang pertama.

2. Ambil pula 1 ranting kristal, selitkan di antara kuntuman bunga dan daun tadi. Ingat tak tadi Sue kata nak kemaskan pintalan kain stoking tu? Ok now masanya korang ambil pita hijau tu, dan lilit pada bawah kelopak bunga dan cantumkan sekali daun dan ranting bunga kristal. Rujuk rajah 4.

3. Buat juga pada bunga lain yang hendak diletakkan manik kristal. 

4. Lepas tu, boleh cantumkan bunga-bunga tadi menggunakan pita hijau, dan buat sehingga bercantuman diantara satu sama lain. Jumlah kumtum bunga, atau jenis yang dikehendaki, bergantung pada citarasa masing-masing ya :)

5. Done cantum bunga! 

So, total damage untuk 1 bunga dulang:

Bunga(4 kuntum): RM0.44 x 4 = RM1.76
Putik(5 putik) : RM0.005 x 3= RM0.02
Daun(1 ranting) : RM 0.20 x 1=RM0.20
Kristal (1 ranting)=RM0.45
Pita hijau(+-1 pita)= RM 0.20(anggaran)
Riben(15cm)=RM0.03(anggaran)
TOTAL: +- RM2.66

Alhamdulillah,  dah siap bunga dulang RM3 korang! Eh, kata ada pakai riben? Oh ya, riben yang Sue nyatakan mula-mula tadi tuu optional.. kalau nak letak boleh, tak nak pun takpe.. Tapi kalau nak nampak cantik, harus lah letak kan! hehehe... Jom kita tengok hasilnya :)







Sangat jimat kan! Nanti sue akan review pulak cemana nak buat bunga riben yang atas kotak tu! Till then peeps:) take care ^_^



Nota kaki:
  • En Tunang tak sihat, hati tak berapa nak tenang (-_-")
  • Lagi 6 bulan untuk majlis kami, doakan kami baik-baik saja ya!
  • Tukar url blog sebab nak fokus pada bisnes pulak lepas ni! hehe..  follow me back! http://suriyanibasri.blogspot.com tengs guys!




Eday Review: Nak Bertunang dalam masa 20 hari? Persediaan apa yang perlu?

31 January 2012 2 lovely comments ♥

Salam readers :)

Alhamdulillah, sekarang ni dah 2 bulan 3 hari berlalunya majlis pertunangan Sue dan Zaiful. 
Pejam celik, pejam celik, kejap je masa berlalu. Sekarang ni tinggal nak tunggu 'makan besar' bak kata orang Johor terutama yang jawa-jawa tue..hehe

Ingat tak entry ni. Masa ni paling nebes sekali ~_~

Kalau diikutkan, e-day kitorang planning akan dibuat masa bulan Disember 2011 yang lepas, tapi disebabkan masa tu kami ada kursus di luar kawasan yang dijangkakan akan diadakan pada bulan Disember tu, so Zaiful ambil keputusan nak awalkan majlis tersebut. 

Eh, Zaiful je ke Sue? Kau x nak pulak?
Ye! Zaiful, a.k.a En Tunang yang tentukan tarikh pertunangan kami.
Bukan x nak, tapi Sue kalau boleh nak stick to the plan lah,buat bulan Disember. 

Maklum lah, masa tu baru 1 bulan lebih Sue berpindah kerja di KL. Memang macam-macam dalam kepala.
 Dengan nak adapt suasana tempat kerja baru, kawan-kawan baru, dan persekitaran kawasan tempat tinggal yang baru, memang perkara2 ni jadi antara sebab Sue tak nak buat majlis pertunangan kami dalam jangka masa terdekat. Mana nak cari barang untuk hantaran semua kan.. Fuh!

Hantaran untuk Zaiful :)

"Dah tu Sue, bile masanye ko decide nak buat bulan 11 pulak ni??"
Ni la soalan paling pemes yang di tanye.
Ramai kawan-kawan, adik beradik, sedara-mara, even my mum even my FMIL pun tanye. 
Kenapa awal sangat? Bila masanya bincang nak bertunang ni?

Hahaha.. memang tak terjawab! Semuanya bermula masa malam 7hb Nov 2011 
a.k.a Malam Raya Haji ke-2, Zaiful telefon and kata:

"Kejap lagi mama dan papa saya nak telefon mak atau abah awak. Nak bincang pasal majlis merisik dan bertunang kita"

Sue jawab:
"Eh, tetibe je nak call malam ni plak? Dah bincang ke dengan family awk dah ke? Bulan 12 kan?"

Zaiful:
"Eh, sape kata bulan 12? Saya nak majlis tu langsung masa Hari Lahir kamu lah! Sama ada 27 atau 28 hb November ni!"

Sue:
"haa??! (*terngange kejap)ok- ok, nak gtau mak ngan abah sekarang gak suh diorang prepare nak cakap apa jap lagi!bye~"

Kalau korang semua kat tempat Sue, mesti korang blurr kan dengan alasan Zaiful nape nak cepat. 
Sebab dia nakkan moment pertunangan kami sama tarikh ngan Hari Lahir sue.. wott..woott...*blushing!

*dalam hati melonjak, gembira dan terharu tak terkata! Alhamdulillah..kalau itu yang ditulis untuk kami, Sue memang tak nak tolak lagi dah! Biarlah awal pun, Biarlah tinggal 20 hari je.. hehehe ^_^

Dalam masa 30 minit, macam2 yang diorang bincang, termasuklah ada merisik sikit secara tak formal melalui telefon! Mama Zaiful memang jaga bende2 adat ni sebab die kate orang Johor ni memang kena beradat sikit bab2  risik merisik ni terutama dengan orang Jawa! haha..

FMIL tengah buat sireh untuk Sue.. *muke cuak!

So, dalam masa 20 hari, ape yang boleh dibuat?

First, jangan panik (walaupun pada hakikatnye diri sendiri pun masih terperanjat lagi :P)

Boleh mula fikirkan berapa dulang hantaran yang you all nak beri pada keluarga sebelah lelaki, ATAU,
buat muka seposen, tanye je pada bakal tunang korang, dia atau family dia  nak bagi berapa dan barang apa yang nak diberi.
Masa tu korang dah jimat masa nak fikir. Tinggal nak match kan je barang apa yang diberi dan dibalas nanti.

Second, fikirkan persediaan dari segi kewangan korang pula. Bahagikan duit yang korang ada tu pada berapa dulang hantaran korang nak beri. Dan kalau boleh jangan OVER budjet. Menangis korang nanti. Except, kalau ada yang nak sponsor, boleh la korang bawa budget tu ke bende2 lain pulak.. Hehe
Jangan lupa buat kira-kira sekali untuk the other things yang korang nak buat,  



Contohnya:
Majlis Pertunangan :27 November 2011
  1. Hantaran: 7 Dulang 
  • Kotak Hantaran: 7 kotak: 7 x RM5 = Rm35(*cari di Semua House)
  • Dulang 1-Kek: 1 * RM50 = RM50 (*sponsor)
  • Dulang 2-Baju Nikah: Kain Lace 2 Meter = RM100
 Shiffon 4 Meter = RM 50 (*Jakel Jln Masjid India)
  • Dulang 3- Purse+ Tali Pinggang = RM150 (*Metrojaya)
  • Dulang 4: Set Perfume = RM150(*Sogo)
  • Dulang 5: Kemeja = RM50(*Jusco)
  • Dulang 6: Buah-buahan = RM50
  • Dulang 7: Sireh junjung = RM30
2. Bunga hiasan: RM50
3. Riben (Pelbagai) : RM50
4. Baju+Tudung+veil: RM150
5. Makan tetamu : RM400
6.Doorgift:40org*RM4 : RM160

Total:  RM1425,
Sumber: RM 600 (duit kutu)
Jumlah perlu dikeluarkan: RM825


Mudah kan? Ni contoh saje.. untuk orang yang takde masa macam Sue, ni la yang Sue buat.
Tapi ada tips juga ni,
  1. Beli barang hantaran sikit demi sikit. contohnya tiap kali gaji, beli 1 hantaran and simpan/ hantar kat kg. Jadi xdelah rasa sakit sangat bila tiba2 je nak awlkan majlis kan.
  2. Beli barang yang confirm tunang korang akan pakai. Jangan beli yang pelik2 sebab nanti rugi je kalau tunang korang xnak pakai.
  3. Bahagikan masa untuk beli barang dan buat check list. Contohnya, dalam masa seminggu hingga 2 minggu, barang hantaran mesti semua dah siap beli,(untuk yg belum beli awal)  nanti tinggal buat deco je.
  4. Kalau korang nak elok lagi, fikirkan siap2 gubahan yang macammana korang nak, google je lagi mudah, dan beli bahan2 dia. Masa2 lapang lepas balik keja boleh mula buat hiasan gubahan sikit2. Sue bawak semua hiasan yang buat kat rumah sewa balik kg, dan kt kg baru gubah barang2 hantaran. 2 hari siap! 
tapi, kalau ada duit lebih, boleh upah je! hehe

 Finally, fikirkan persediaan family korang juga. Bagi yang kerja dan tinggal di rumah family, tu dah satu bonus sebab boleh tolong2 kemas dan hias rumah family bila2 masa. Bagi yang bekerja jauh mcm Sue di KL dan family di Johor, kena take time untuk apply cuti kat company 1 atau 2 hari awal dari majlis. Bgtau je kat bos korang, korang nak buat majlis bertunang, Insya Allah boss korang akan faham..hehehe

Cemana? panjang lebar kan penerangan! Ni la ape yang Sue buat untuk preparation majlis dalam masa 20 hari. Buat dengan ikhlas, insya Allah, Allah akan tolong kita masa Majlis tu dan sepanjang tempoh pertunangan korang nanti. :)

Jom kita baca hadith sikit untuk B2B semua :)

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


Nota kaki:
  1. Keje banyak, tapi kena gak curi2 masa update blog ni. Sayang! hehe
  2. Korang, exchage link ye. Komen je kat bawah. Nanti sue add dalam Bloglist and page sue. 
Till then guys,







3 Selamat :)

28 November 2011 6 lovely comments ♥


Selamat Tahun Baru 1433H
Selamat Bertunang
Selamat Hari Lahir :)


kuning x hengat ! :D

Nanti Sue update untuk review ok. 
C u next post! ;)

Followers

 
U, Me & Our Life Journey © 2011 | Designed by Interline Cruises, in collaboration with Interline Discounts, Travel Tips and Movie Tickets