Eday Review: Nak Bertunang dalam masa 20 hari? Persediaan apa yang perlu?

31 January 2012

Salam readers :)

Alhamdulillah, sekarang ni dah 2 bulan 3 hari berlalunya majlis pertunangan Sue dan Zaiful. 
Pejam celik, pejam celik, kejap je masa berlalu. Sekarang ni tinggal nak tunggu 'makan besar' bak kata orang Johor terutama yang jawa-jawa tue..hehe

Ingat tak entry ni. Masa ni paling nebes sekali ~_~

Kalau diikutkan, e-day kitorang planning akan dibuat masa bulan Disember 2011 yang lepas, tapi disebabkan masa tu kami ada kursus di luar kawasan yang dijangkakan akan diadakan pada bulan Disember tu, so Zaiful ambil keputusan nak awalkan majlis tersebut. 

Eh, Zaiful je ke Sue? Kau x nak pulak?
Ye! Zaiful, a.k.a En Tunang yang tentukan tarikh pertunangan kami.
Bukan x nak, tapi Sue kalau boleh nak stick to the plan lah,buat bulan Disember. 

Maklum lah, masa tu baru 1 bulan lebih Sue berpindah kerja di KL. Memang macam-macam dalam kepala.
 Dengan nak adapt suasana tempat kerja baru, kawan-kawan baru, dan persekitaran kawasan tempat tinggal yang baru, memang perkara2 ni jadi antara sebab Sue tak nak buat majlis pertunangan kami dalam jangka masa terdekat. Mana nak cari barang untuk hantaran semua kan.. Fuh!

Hantaran untuk Zaiful :)

"Dah tu Sue, bile masanye ko decide nak buat bulan 11 pulak ni??"
Ni la soalan paling pemes yang di tanye.
Ramai kawan-kawan, adik beradik, sedara-mara, even my mum even my FMIL pun tanye. 
Kenapa awal sangat? Bila masanya bincang nak bertunang ni?

Hahaha.. memang tak terjawab! Semuanya bermula masa malam 7hb Nov 2011 
a.k.a Malam Raya Haji ke-2, Zaiful telefon and kata:

"Kejap lagi mama dan papa saya nak telefon mak atau abah awak. Nak bincang pasal majlis merisik dan bertunang kita"

Sue jawab:
"Eh, tetibe je nak call malam ni plak? Dah bincang ke dengan family awk dah ke? Bulan 12 kan?"

Zaiful:
"Eh, sape kata bulan 12? Saya nak majlis tu langsung masa Hari Lahir kamu lah! Sama ada 27 atau 28 hb November ni!"

Sue:
"haa??! (*terngange kejap)ok- ok, nak gtau mak ngan abah sekarang gak suh diorang prepare nak cakap apa jap lagi!bye~"

Kalau korang semua kat tempat Sue, mesti korang blurr kan dengan alasan Zaiful nape nak cepat. 
Sebab dia nakkan moment pertunangan kami sama tarikh ngan Hari Lahir sue.. wott..woott...*blushing!

*dalam hati melonjak, gembira dan terharu tak terkata! Alhamdulillah..kalau itu yang ditulis untuk kami, Sue memang tak nak tolak lagi dah! Biarlah awal pun, Biarlah tinggal 20 hari je.. hehehe ^_^

Dalam masa 30 minit, macam2 yang diorang bincang, termasuklah ada merisik sikit secara tak formal melalui telefon! Mama Zaiful memang jaga bende2 adat ni sebab die kate orang Johor ni memang kena beradat sikit bab2  risik merisik ni terutama dengan orang Jawa! haha..

FMIL tengah buat sireh untuk Sue.. *muke cuak!

So, dalam masa 20 hari, ape yang boleh dibuat?

First, jangan panik (walaupun pada hakikatnye diri sendiri pun masih terperanjat lagi :P)

Boleh mula fikirkan berapa dulang hantaran yang you all nak beri pada keluarga sebelah lelaki, ATAU,
buat muka seposen, tanye je pada bakal tunang korang, dia atau family dia  nak bagi berapa dan barang apa yang nak diberi.
Masa tu korang dah jimat masa nak fikir. Tinggal nak match kan je barang apa yang diberi dan dibalas nanti.

Second, fikirkan persediaan dari segi kewangan korang pula. Bahagikan duit yang korang ada tu pada berapa dulang hantaran korang nak beri. Dan kalau boleh jangan OVER budjet. Menangis korang nanti. Except, kalau ada yang nak sponsor, boleh la korang bawa budget tu ke bende2 lain pulak.. Hehe
Jangan lupa buat kira-kira sekali untuk the other things yang korang nak buat,  



Contohnya:
Majlis Pertunangan :27 November 2011
  1. Hantaran: 7 Dulang 
  • Kotak Hantaran: 7 kotak: 7 x RM5 = Rm35(*cari di Semua House)
  • Dulang 1-Kek: 1 * RM50 = RM50 (*sponsor)
  • Dulang 2-Baju Nikah: Kain Lace 2 Meter = RM100
 Shiffon 4 Meter = RM 50 (*Jakel Jln Masjid India)
  • Dulang 3- Purse+ Tali Pinggang = RM150 (*Metrojaya)
  • Dulang 4: Set Perfume = RM150(*Sogo)
  • Dulang 5: Kemeja = RM50(*Jusco)
  • Dulang 6: Buah-buahan = RM50
  • Dulang 7: Sireh junjung = RM30
2. Bunga hiasan: RM50
3. Riben (Pelbagai) : RM50
4. Baju+Tudung+veil: RM150
5. Makan tetamu : RM400
6.Doorgift:40org*RM4 : RM160

Total:  RM1425,
Sumber: RM 600 (duit kutu)
Jumlah perlu dikeluarkan: RM825


Mudah kan? Ni contoh saje.. untuk orang yang takde masa macam Sue, ni la yang Sue buat.
Tapi ada tips juga ni,
  1. Beli barang hantaran sikit demi sikit. contohnya tiap kali gaji, beli 1 hantaran and simpan/ hantar kat kg. Jadi xdelah rasa sakit sangat bila tiba2 je nak awlkan majlis kan.
  2. Beli barang yang confirm tunang korang akan pakai. Jangan beli yang pelik2 sebab nanti rugi je kalau tunang korang xnak pakai.
  3. Bahagikan masa untuk beli barang dan buat check list. Contohnya, dalam masa seminggu hingga 2 minggu, barang hantaran mesti semua dah siap beli,(untuk yg belum beli awal)  nanti tinggal buat deco je.
  4. Kalau korang nak elok lagi, fikirkan siap2 gubahan yang macammana korang nak, google je lagi mudah, dan beli bahan2 dia. Masa2 lapang lepas balik keja boleh mula buat hiasan gubahan sikit2. Sue bawak semua hiasan yang buat kat rumah sewa balik kg, dan kt kg baru gubah barang2 hantaran. 2 hari siap! 
tapi, kalau ada duit lebih, boleh upah je! hehe

 Finally, fikirkan persediaan family korang juga. Bagi yang kerja dan tinggal di rumah family, tu dah satu bonus sebab boleh tolong2 kemas dan hias rumah family bila2 masa. Bagi yang bekerja jauh mcm Sue di KL dan family di Johor, kena take time untuk apply cuti kat company 1 atau 2 hari awal dari majlis. Bgtau je kat bos korang, korang nak buat majlis bertunang, Insya Allah boss korang akan faham..hehehe

Cemana? panjang lebar kan penerangan! Ni la ape yang Sue buat untuk preparation majlis dalam masa 20 hari. Buat dengan ikhlas, insya Allah, Allah akan tolong kita masa Majlis tu dan sepanjang tempoh pertunangan korang nanti. :)

Jom kita baca hadith sikit untuk B2B semua :)

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


Nota kaki:
  1. Keje banyak, tapi kena gak curi2 masa update blog ni. Sayang! hehe
  2. Korang, exchage link ye. Komen je kat bawah. Nanti sue add dalam Bloglist and page sue. 
Till then guys,







2 lovely comments ♥:

  1. ♕ niaa ♔ said...:

    thanx bg tip...memg tgah serabut xtau nk wat yg mana dl tentang persiapan tunang nih...lg pun tarikh xtetap lg...FMIL suh wat persiapan pe yg patot...

  1. Suriyani Basri said...:

    u're welcome dear :)
    done following ur blog!
    ala ni tips pengalaman sendiri je.. hehe
    try usha2 ue FMIL tgok persiapan klrga sbelah sana cemana k?
    kot2 dapat flow yg lebih jelas nt..
    btw, thxs sbb bace tips picisan je..;)

Post a Comment

Apa kata mereka??

Followers

 
U, Me & Our Life Journey © 2011 | Designed by Interline Cruises, in collaboration with Interline Discounts, Travel Tips and Movie Tickets