Alhamdulillah duit raya hasil titik peluh sendiri.. :-)

01 August 2013

Assalammualaikum...

Alhamdulillah kita melalui mlm Ramadhan ke 22 hari ni.. 
Rasa macam terlalu sekejap masa berlalu. Syawal pun dah dekat ni. 
Cemana dengan persediaan korg??

Harini tak nak cite tentang stok barang ke ape. Cuma nak buat entry tentang my life, our life. hehehe

Sebenarnya hari ni rasa sangat letih sampaikan saya dan en husband hampir-hampir terlepas waktu berbuka. Kami berdua tertidur! Tak pernah lah dalam sejarah saya macam tuuu..  
Kelakar pun ada sebab saya terjaga setengah minit sebelum azan maghrib berkumandang! Nasib baik semuanya dah siap dimasak, tinggal diangkat untuk dihidang saje..phewww!

Agaknya dengan cuaca yang tak menentu (sekejap pns, sekejap hujan) buatkan kami berdua keletihan yang amat. Omputih kate exhausted! Nak-nak pula harini ada gotong royong masak bubur jagung di ofis. Walaupun penat, tapi bila rasa hasilnya yang sangat maverlesss!!! hilang penat terusss... hehehe

bubur jagung from my friend's fb..hehehe

Dalam tengah melayan perasaan sebab penat masih tak hilang (walaupun sebenarnye dah makan bubur jagung masuk mangkuk yang kedua.. hehehe)
tetibe tangan ni saje je nak tengok transaksi dalam akaun. 
Saya  ni jenis kalau ada customer order barang, saya dapat details dari bank, terus proceed. Tak dan nak check satu-satu thru on9 banking. Sebab akan ada banyak amount yang sama yang saya akan confuse. Saya check melalui emel samada sama atau tak details yang diberi customer dengan transaksi yang saya terima dari pihak bank.

Ralit jugak dok check akaun. Tapi rasa macam eh! Banyak juga order yang diterima. Sebab saya tengok semuanya kredit ke akaun!


Minggu ni saja lebih dari 1k! Alhamdulillah...!!!


Terima kasih Ya Allah.. :)
Memandangkan saya bakal berpindah ke tempat kerja yang baru pertengahan bulan hadapan, dan berkemungkinan akan terima gaji selepas 3 bulan, Allah beri saya advanced! 
Tapi kena lah jimat-jimat kan.. Kot ade emergency sape yang tau..

Alhamdulillah jugak walaupun dalam bulan Ramadhan, bisnes tetap berjalan macam biasa. Penat memanglah penat, tapi tu lah pengorbanan kita kalau nak berbisnes.. Jangan risau, sesiapa yang berusaha, Allah akan beri ganjaran atas usaha yang dia lakukan.. Itu janji Allah (Man jadda wa jadda)

So sesiapa yang berminat nak join bisnes macam saya, do contact me! 
Bisnes Minyak JTX terbuka kpd kaum lelaki (boleh contact 012-5025426)
atau nak berbisness marine essence beauty product (produk tgh hot sangat nih!!), BVSM dan Premium Beautiful boleh contact 013-2358550.

Jangan  risau, bantuan dan guide kami beri. Jom majukan diri kita! Jangan nanti dah lepas raya, masing2 puasa sebab nak saving. 
Jom ikhlaskan amalan kita dibulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelang. 

Selamat hari raya aidilfitri

Dari admin Allin1on9Shop sekeluarga :) 

0 lovely comments ♥:

Post a Comment

Apa kata mereka??

Followers

 
U, Me & Our Life Journey © 2011 | Designed by Interline Cruises, in collaboration with Interline Discounts, Travel Tips and Movie Tickets